Cari

ALANGKAH BERUNTUNGNYA MEMPERINGATI MAULID NABI SAW

Share it:

Al Imam Hasan Al Bashri ra (wafat 116 H) iaitu generasi salafus soleh dan ayah beliau adalah pelayan kepada sahabat Nabi, Sayyidina Zaid bin Tsabit (penulis wahyu). Imam Hasan Al-Bashri pernah berjumpa sekitar 100 sahabat Nabi. Menurut Qatadah, Imam Hasan paling tahu tentang halal dan haram, pendapatnya adalah seperti pendapat Sayyidina Umar bin Khathab radliyallahu ‘anh, menjadi rujukan umat untuk bertanya

.

Menurut Sayyidina Hisyam bin Hasan, Imam Hasan Al-Bashri adalah paling 'alim di zamannya dan menurut Sayyidina Abu Umar bin al-‘Ala’, beliau adalah orang yang sangat fasih. Beliau mengatakan tentang betapa istimewanya Maulid Nabi,


قال الحسن البصري، قدس الله سره: وددت لو كان لي مثل جبل أحد ذهبا لانفقته على قراءة مولد الرسول


Seandainya aku memiliki emas seumpama gunung Uhud, niscaya aku akan menafkahkannya (semuanya) kepada orang yang membacakan Maulid Ar-Rasul”. - Kitab I’anah Thalibin (Syarah Fathul Mu’in) Juz. 3 hal. 415, karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh As-Sayyid

Dalam Kitab Madarijus Su’uud hal. 16, karangan Al-‘Allamah Asy-Syekh An-Nawawiy Ats-Tsaniy (Sayyid Ulama Hijaz). Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah (wafat 204 H). menuturkan bahwa peringatan Maulid Nabi akan mendapat kebaikan di sisi Allah.


قال الشافعى رحمه الله من جمع لمولد النبى صلى الله عليه وسلم اخوانا وتهياء لهم طعاما وعملا حسانا بعثه الله يوم القيامة مع الصديقين والشهداء والصالحين

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata, “barangsiapa yang mengumpulkan orang ramai demi untuk melaksanakan perayaan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم karena kecintaan (ikhwanan) secara berjama’ah dengan menyediakan makanan dan berlaku baik, niscaya Allah bangkitkan di hari kiamat beserta para ahli kebenaran, syuhada dan para sholihin

Share it:

Cinta-Nabi

Post A Comment: